Dalam keindahan ilmu Cemarabugis yang merangkumi Gerak, Falsafah dan Kerohanian memberi tumpuan kepada kebolehan seorang penuntut sama ada beliau mampu membawa gerak atau falsafah atau kerohanian. Justeru, latihan yang diberi berdasarkan kemampuannya.
“...Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit di Junjung..Dimana Sahaja Berada Disitu Tempat Berbakti..... Keris Yang Terhunus Tidak Akan Kembali ke Sarongan Jika Tidak Bersalut Darah.... Jika Setitis Jatuh ke Bumi, Tujuh Musim Padi Tak Menjadi...Jika Setitis Jatuh ke Lautan, Tujuh Tanjung Ikan Tak Bermain...”
Sabda Rasulullah S.A.W “...Darjat manusia yang terdekat dengan ‘Nubbuwwah’ adalah orang yang AHLI ILMU dan JIHAD. AHLI ILMU menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh Para Rasul. Adapun AHLI JIHAD mempertahankan apa yang dibawa oleh Para Rasul dengan PEDANGnya...”
Sabda Rasulullah S.A.W – “... jika inginkan kebahagiaan dunia, hendaklah kamu berilmu... jika inginkan kebahagiaan akhirat, hendaklah kamu berilmu... jika inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat, hendaklah juga kamu berilmu...”
Pendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya Melayu yang bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betul demi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang serta berketerampilan berlandaskan semangat kesatriaan yang luhur.
Manusia atau makhluk berakal yang sebaik-baiknya yang dijadikan oleh Allah. Dengan kebijaksanaan akal manusia berupaya hidup sejahtera bersih dan suci daripada noda dan tidak menyembah Tuhan selain dari Allah yang maha esa.
BeILMU :-
Memiliki pengetahuan, berakal, kepandaian, kepakaran dan kebolehan. Ilmu adalah hasil minat dan usaha belajar, pengalaman, mengkaji dan anugerah Allah.
BerAMAL :-
Melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan kebajikan atau faedah kepada diri, masyarakat, agama, negara, alam dan penciptaNya. Sebaik-baik amalan adalah dari hati yang suci dan ikhlas kerana amal itu adalah buah ilmu. Oleh itu bersihkan dan sucikan hati terlebih dahulu sebelum melakukan amal kerana amalan dengan hati yang suci dan ikhlas umpamanya dapat mengelakkan hambatan nafsu dan syaitan.
BerkeMAHIRan :-
Cekap, pakar, terlatih, atau ahli dalam sesuatu pekerjaan dan dapat menjalankan tugas dengan teratur lancar dan sempurna.
Ialah ilmu suci mempertahankan diri bangsa Melayu. Didalamnya terdapat gerak, kaedah dan muslihat penggunaan senjata atau tulang empat kerat kerana menghadapi lawan secara berseni dan saintifik.
Zahir :-
Semua perkara luaran, tubuh, fizikal atau sesuatu yang dapat ditangani oleh pancaindera dan logik akal. Silat pada zahir segala gerak dan kaedah yang dapat dilakukan dengan anggota tubuh badan.
Batin :-
Diri sebenar manusia adalah nyawa, jiwa, hati atau roh yang menghidupkan dan menggerakkan manusia, Ilmu batin terbahagi kepada tiga iaitu :- Jenis Batil, Syirik, dan Hak. Ilmu batin yang berlandaskan tasawuf membentuk hubungan telus antara insan dengan tuhan (Allah) yang berkekalan dengan makrifah dan Hakikat serta mengamalkan syariat Nabi Muhammad S.A.W. berlandaskan Qur`an , Hadith, Ijmak dan Qias dengan Inayahnya dianugerahi Iman, Muksyat dan Laduni.
Adat :-
Hukum, lembaga, resam, kelaziman, kebiasaan atau apa-apa pun peraturan yang dilaksanakan turun temurun sejak dahulu kala. Adat melayu bersendikan syara` iaitu kitabullah dan hadith Rasulullah.
Seni :-
Hasil karya yang indah. Keindahan Seni Silat pada ketepatan gerak dan kaedah pada irama, rupa dan bentuknya berunsur seni beladiri Melayu yang melambangkan kehalusan budi dan daya.
Budaya :-
Cara hidup yang lazimnya diamalkan oleh sesuatu masyarakat hingga membentuk tamadun tamadun atau peradaban berlandaskan kemajuan “Budi” dari “Daya” dari segala usaha yang mewujudkan keperluan, kepentingan, keakraban dan kekuatan, masyarakat. Amalan budaya memperlihatkan keindahan, keharmonian peraturan atau rukun hidup. Bukan semua peraturan dan undang-undang dapat dicatatkan dalam satu perlembagaan. Maka amalan budaya dan mengisi menterjemahkan mengikut citarasa kehalusan budi pekerti dan perlakuan dari segi hati yang dapat memilih mana yang sesuai mengikut budi bicara yang lebih baik dan murni.
Melayu :-
Bangsa yang menduduki Nusantara yang berkulit sawo matang gagah berani yang memiliki pengetahuan dan pengalaman luar negara, berpolitik, bermasyarakat, ekonomi, agama, kesenian, bahasa, budaya, silat dan sebagainya. Bersikap sederhana, waras, periang, sopan santun, beriman, rajin dan mempunyai kuat daya saing sepanjang sejarah tamadun manusia.
Syarak :-
Hukum islam berlandaskan hukum syarak, akal dan adat. Hukum syara` untuk beribadat melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah berpandukan Al Qur`an dan hadith Rasulullah Ijmak Ulama` dan Qias. Hukum akal untuk beriktiqad dan hukum adat untuk berikhtiar.
Betul :-
Benar dan menepati keperluan yang tidak bercanggah dengan adat, syara`, peraturan, undang-undang perlembagaan negara.
KeBENARan :-
Melakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sejajar dengan fitrah, peraturan dan undang-undang secara jujur, adil, setia, telus atau seumpamanya. Tidak bercanggah dengan dengan perjuangan perguruan, Agama, Bangsa dan Negara.
KeAMANan :-
Kesejahteraan, keselamatan, kepuasan, keharmonian atau yang seumpamanya yang membolehkan masyarakat dapat mengecapi kehidupan dengan selesa tanpa gangguan.
Kesabaran keselesaan, keheningan, kepuasan, sehingga ada kesempatan menumpukan fikiran kepada sesuatu pekerjaan atau mengingati Allah.
BerkeTERAMPILan :-
Kemas, Sajak, tangkas, tampan dan sentiasa bersikap waspada serta dapat bertindak dengan cepat dan sempurna.
Semangat :-
Roh atau jiwa yang memberikan tenaga kepada perasaan, berkemahuan atau cita-cita untuk terus berusaha menikmati kehidupan atau sebaliknya. Silat membina semangat mempertahankan keselamatan dan kepentingan maruah diri dengan gigih, berani, kerjasama, kesungguhan, kerajinan, kekuatan dan katadiri dengan bijaksana dan berketahanan untuk kejayaan.
KeSATRIAan :-
Pahlawan, hulubalang, panglima, pendekar atau pejuang dalam apa bentuk sekalipun demi kedaulatan negara, agama dan bangsa. Pendekar memegang amanah dan penyambung warisan serta menjaga nama baik seni Silat dengan:-
(i) Merahsiakan ilmu daripada mereka yang tidak bertanggungjawab. (ii) Menjaga ilmu dengan mengamalkan dan mengajarkannya dengan yakin. (iii) Menggunakan ilmunya ditempat yang betul.
Luhur :-
Budi pekerti, bersopan santun, beradat, berbahasa atau tingkah laku dengan akhlak yang murni seperti bertakwa, beriman, ikhlas, pengasih, hormat, setia, amanah, jujur, bijaksana atau seumpamanya dengan pandangan bahawa sekelian makhluk adalah ciptaan Allah yang wajib dihormati dan berhak untuk hidup selagi mereka tidak menyimpang dari tuntutan Allah dan Rasul.
Pahlawan, Hulubalang, Panglima, Pendekar atau Pejuang dalam apa bentuk sekalipun demi kedaulatan Negara, Agama dan Bangsa. Pendekar memegang amanah dan penyambung warisan serta menjaga nama baik Seni Silat dengan:-
(i) Merahsiakan ilmu daripada mereka yang tidak bertanggungjawab. (ii) Menjaga ilmu dengan mengamalkan dan mengajarkannya dengan yakin. (iii) Menggunakan ilmunya ditempat yang betul.
DENGAR SINI KALIAN.... Anda Mesti Rajin Membaca... Mesti Rajin Berfikir...Mesti Rajin Mencari Jawapan kepada PERSOALAN-PERSOALAN ITU. Barulah akan menjadi INSAN yang Cerdik Bijaksana. JANGAN JADI PEMALAS DAN MENGIKUT/MENERIMA SAHAJA APA YANG SEDIA ADA. Islam mengajar kita agar BERFIKIR !!!
P.E.S.I.L.A.T. = "..Pejuang Empunya Semangat... Ilmunya Luhur...Akhlaknya Terpuji."
BalasPadamCuba 'KEMBANGKAN' kefahaman falsafah ini.
Dalam keindahan ilmu Cemarabugis yang merangkumi Gerak, Falsafah dan Kerohanian memberi tumpuan kepada kebolehan seorang penuntut sama ada beliau mampu membawa gerak atau falsafah atau kerohanian. Justeru, latihan yang diberi berdasarkan kemampuannya.
PadamP.E.S.I.L.A.T - dengan maksud Pejuang Empunya Semangat Ilmunya Luhur Akhlaknya Terpuji. Pejuang Empunya Semangat ( Bengkung Hijau ), Ilmunya Luhur ( Bengkung Merah Sari ), Akhlaknya Terpuji ( Bengkung Merah Waja ).
Padam“...Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit di Junjung..Dimana Sahaja Berada Disitu Tempat Berbakti..... Keris Yang Terhunus Tidak Akan Kembali ke Sarongan Jika Tidak Bersalut Darah.... Jika Setitis Jatuh ke Bumi, Tujuh Musim Padi Tak Menjadi...Jika Setitis Jatuh ke Lautan, Tujuh Tanjung Ikan Tak Bermain...”
PadamSabda Rasulullah S.A.W “...Darjat manusia yang terdekat dengan ‘Nubbuwwah’ adalah orang yang AHLI ILMU dan JIHAD. AHLI ILMU menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh Para Rasul. Adapun AHLI JIHAD mempertahankan apa yang dibawa oleh Para Rasul dengan PEDANGnya...”
PadamFasal mengenal ilmu :-
PadamSabda Rasulullah S.A.W – “... jika inginkan kebahagiaan dunia, hendaklah kamu berilmu... jika inginkan kebahagiaan akhirat, hendaklah kamu berilmu... jika inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat, hendaklah juga kamu berilmu...”
Sebaris Falsafah untuk dikongsi bersama :-
Padam“ Bangunkan Dunia Sehebat Manapun Dengan Ilmu Dunia Namun Membangunkan Diri Pastinya Hanya Dengan Ilmu Agama Yakni Islam”.
Pelantar Putih Seri Bugis,
PadamPondok Kecil Di Tepi Sawah,
Mekar Kasih Sufi Menangis,
Selami Erti Rahsia Indah.
PENDEKAR = Siapa orangnya? ...Siapa dirinya? ... 'Kupaskan' disini.
BalasPadamPendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya Melayu yang bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betul demi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang serta berketerampilan berlandaskan semangat kesatriaan yang luhur.
PadamInsan :-
PadamManusia atau makhluk berakal yang sebaik-baiknya yang dijadikan oleh Allah. Dengan kebijaksanaan akal manusia berupaya hidup sejahtera bersih dan suci daripada noda dan tidak menyembah Tuhan selain dari Allah yang maha esa.
BeILMU :-
Memiliki pengetahuan, berakal, kepandaian, kepakaran dan kebolehan. Ilmu adalah hasil minat dan usaha belajar, pengalaman, mengkaji dan anugerah Allah.
BerAMAL :-
Melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan kebajikan atau faedah kepada diri, masyarakat, agama, negara, alam dan penciptaNya. Sebaik-baik amalan adalah dari hati yang suci dan ikhlas kerana amal itu adalah buah ilmu. Oleh itu bersihkan dan sucikan hati terlebih dahulu sebelum melakukan amal kerana amalan dengan hati yang suci dan ikhlas umpamanya dapat mengelakkan hambatan nafsu dan syaitan.
BerkeMAHIRan :-
Cekap, pakar, terlatih, atau ahli dalam sesuatu pekerjaan dan dapat menjalankan tugas dengan teratur lancar dan sempurna.
PerSILATan :-
PadamIalah ilmu suci mempertahankan diri bangsa Melayu. Didalamnya terdapat gerak, kaedah dan muslihat penggunaan senjata atau tulang empat kerat kerana menghadapi lawan secara berseni dan saintifik.
Zahir :-
Semua perkara luaran, tubuh, fizikal atau sesuatu yang dapat ditangani oleh pancaindera dan logik akal. Silat pada zahir segala gerak dan kaedah yang dapat dilakukan dengan anggota tubuh badan.
Batin :-
Diri sebenar manusia adalah nyawa, jiwa, hati atau roh yang menghidupkan dan menggerakkan manusia, Ilmu batin terbahagi kepada tiga iaitu :- Jenis Batil, Syirik, dan Hak. Ilmu batin yang berlandaskan tasawuf membentuk hubungan telus antara insan dengan tuhan (Allah) yang berkekalan dengan makrifah dan Hakikat serta mengamalkan syariat Nabi Muhammad S.A.W. berlandaskan Qur`an , Hadith, Ijmak dan Qias dengan Inayahnya dianugerahi Iman, Muksyat dan Laduni.
Adat :-
Hukum, lembaga, resam, kelaziman, kebiasaan atau apa-apa pun peraturan yang dilaksanakan turun temurun sejak dahulu kala. Adat melayu bersendikan syara` iaitu kitabullah dan hadith Rasulullah.
Seni :-
Hasil karya yang indah. Keindahan Seni Silat pada ketepatan gerak dan kaedah pada irama, rupa dan bentuknya berunsur seni beladiri Melayu yang melambangkan kehalusan budi dan daya.
Budaya :-
Cara hidup yang lazimnya diamalkan oleh sesuatu masyarakat hingga membentuk tamadun tamadun atau peradaban berlandaskan kemajuan “Budi” dari “Daya” dari segala usaha yang mewujudkan keperluan, kepentingan, keakraban dan kekuatan, masyarakat. Amalan budaya memperlihatkan keindahan, keharmonian peraturan atau rukun hidup. Bukan semua peraturan dan undang-undang dapat dicatatkan dalam satu perlembagaan. Maka amalan budaya dan mengisi menterjemahkan mengikut citarasa kehalusan budi pekerti dan perlakuan dari segi hati yang dapat memilih mana yang sesuai mengikut budi bicara yang lebih baik dan murni.
Melayu :-
Bangsa yang menduduki Nusantara yang berkulit sawo matang gagah berani yang memiliki pengetahuan dan pengalaman luar negara, berpolitik, bermasyarakat, ekonomi, agama, kesenian, bahasa, budaya, silat dan sebagainya. Bersikap sederhana, waras, periang, sopan santun, beriman, rajin dan mempunyai kuat daya saing sepanjang sejarah tamadun manusia.
Syarak :-
Hukum islam berlandaskan hukum syarak, akal dan adat. Hukum syara` untuk beribadat melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah berpandukan Al Qur`an dan hadith Rasulullah Ijmak Ulama` dan Qias. Hukum akal untuk beriktiqad dan hukum adat untuk berikhtiar.
Betul :-
Benar dan menepati keperluan yang tidak bercanggah dengan adat, syara`, peraturan, undang-undang perlembagaan negara.
KeBENARan :-
Melakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sejajar dengan fitrah, peraturan dan undang-undang secara jujur, adil, setia, telus atau seumpamanya. Tidak bercanggah dengan dengan perjuangan perguruan, Agama, Bangsa dan Negara.
KeAMANan :-
Kesejahteraan, keselamatan, kepuasan, keharmonian atau yang seumpamanya yang membolehkan masyarakat dapat mengecapi kehidupan dengan selesa tanpa gangguan.
Tenang :-
PadamKesabaran keselesaan, keheningan, kepuasan, sehingga ada kesempatan menumpukan fikiran kepada sesuatu pekerjaan atau mengingati Allah.
BerkeTERAMPILan :-
Kemas, Sajak, tangkas, tampan dan sentiasa bersikap waspada serta dapat bertindak dengan cepat dan sempurna.
Semangat :-
Roh atau jiwa yang memberikan tenaga kepada perasaan, berkemahuan atau cita-cita untuk terus berusaha menikmati kehidupan atau sebaliknya. Silat membina semangat mempertahankan keselamatan dan kepentingan maruah diri dengan gigih, berani, kerjasama, kesungguhan, kerajinan, kekuatan dan katadiri dengan bijaksana dan berketahanan untuk kejayaan.
KeSATRIAan :-
Pahlawan, hulubalang, panglima, pendekar atau pejuang dalam apa bentuk sekalipun demi kedaulatan negara, agama dan bangsa. Pendekar memegang amanah dan penyambung warisan serta menjaga nama baik seni Silat dengan:-
(i) Merahsiakan ilmu daripada mereka yang tidak bertanggungjawab.
(ii) Menjaga ilmu dengan mengamalkan dan mengajarkannya dengan yakin.
(iii) Menggunakan ilmunya ditempat yang betul.
Luhur :-
Budi pekerti, bersopan santun, beradat, berbahasa atau tingkah laku dengan akhlak yang murni seperti bertakwa, beriman, ikhlas, pengasih, hormat, setia, amanah, jujur, bijaksana atau seumpamanya dengan pandangan bahawa sekelian makhluk adalah ciptaan Allah yang wajib dihormati dan berhak untuk hidup selagi mereka tidak menyimpang dari tuntutan Allah dan Rasul.
Kitab Terperi BIDAYATUL HIDAYAH,
PadamPencetus Kasih Perawat Ummah,
Adab BerSERI Unggul Nan Indah,
Seputih Jernih Berabad Sudah.
P.A.N.G.L.I.M.A. = ... Lagi tinggi penampakkan Falsafahnya...Silakan tulis disini.
BalasPadamMulakan dengan Erti 'Kesatriaan' ...dalam 20 Falsafah Pendekar itu.
PadamKeSATRIAan
PadamPahlawan, Hulubalang, Panglima, Pendekar atau Pejuang dalam apa bentuk sekalipun demi kedaulatan Negara, Agama dan Bangsa. Pendekar memegang amanah dan penyambung warisan serta menjaga nama baik Seni Silat dengan:-
(i) Merahsiakan ilmu daripada mereka yang tidak bertanggungjawab.
(ii) Menjaga ilmu dengan mengamalkan dan mengajarkannya dengan yakin.
(iii) Menggunakan ilmunya ditempat yang betul.
Banyak Jati Antara Jati,
PadamJati IMAN itulah MUKMIN,
Banyak Hati Antara Hati,
Hati AL-QURAN itulah YASSIN.
Senyum Pak Tua Dihujung Tanjung,
PadamDagang Panglima Membawa Wadah,
Pastinya Sirih Kan Tetap Berdaun,
Pastinya Pinang Kan Tetap Berbuah.
P.E.R.S.A.D.A. = Apa pula maksudnya ?
BalasPadamPenyaksian Erti RAHMAN@RAHIM Sejagat Alam Dunia Akhirat...
PadamTerima Kasih Tidak Terhingga,
PadamIlmu dan Rahsia Semakin Dibuka,
SYUKUR Daku Kepada Yang Esa,
Cinta Negara Aspirasi Bersama.
S.E.R.I. = Yang ini apa maksudnya?
BalasPadamPelantar Putih Seri Bugis,
PadamPondok Kecil Di Tepi Sawah,
Mekar Kasih Sufi Menangis,
Selami Erti Rahsia Indah.
Panglima Persada = Siapa?
BalasPadamPanglima Seri = Siapa pula?
BalasPadamDENGAR SINI KALIAN.... Anda Mesti Rajin Membaca... Mesti Rajin Berfikir...Mesti Rajin Mencari Jawapan kepada PERSOALAN-PERSOALAN ITU. Barulah akan menjadi INSAN yang Cerdik Bijaksana. JANGAN JADI PEMALAS DAN MENGIKUT/MENERIMA SAHAJA APA YANG SEDIA ADA. Islam mengajar kita agar BERFIKIR !!!
BalasPadamApalah Ada Pada Paya,
PadamDalam Tidak Tohor pun Bukan,
Apalah Ada Pada Hamba,
Kaya Tidak Masyhur Pun Bukan.