Tujuan Falsafah dan Kerohanian Dalam Cemarabugis :-
Tujuannya ialah agar sekelian pembaca khususnya penuntut-penuntut Cemarabugis dapat memahami ilmu ini dengan cara paling ‘lembut’. Ini kerana, ‘ilmu penjiwaan’ sememangnya memerlukan pendekatan yang ‘lembut’. Dalam keindahan ilmu Cemarabugis yang merangkumi Gerak, Falsafah dan Kerohanian memberi tumpuan kepada kebolehan seorang penuntut sama ada beliau mampu membawa gerak atau falsafah atau kerohanian. Justeru, latihan yang diberi berdasarkan kemampuannya.
Oleh yang demikian, Cikgu persembahkan ‘Rahsia Falsafah dan Kerohanian Persilatan Cemarabugis’ ini sebagai pembuka dan penyuluh jalan kepada penuntut-penuntut Cemarabugis khususnya yang telah mahir dalam ilmu ‘gerak’. Ia terbahagi kepada tiga (3) tahap bengkung pelajar bermula dari yang terbawah iaitu Bengkung Hijau, Bengkung Merah Sari dan Bengkung Merah Waja.
"....Barangsiapa yang kasihkan orang alim (orang berilmu) atau kasihkan orang yang belajar ilmu, walau dengan se-peminuman air sekalipun...kelebihannya Laksana ia membina ka'abah 70 kali...."
"Kiranya berminat..Berkongsi ilmu Persilatan, Tuan-tuan adalah dipelawa (grouping = 10 Orang) untuk hadir ke KRM Jempol bagi sessi latihan Silat Cemara Bugis. Boleh Contact saya di No.Telefon = 010-5392 575 Cikgu Azlan."
1. Definisi Falsafah – Falsafah diambil daripada Istilah Bahasa Arab ( فلسفة ) dan Yunani ( Philo & Sophia ) yang bermaksud “CINTA KEBIJAKSANAAN” , ‘CINTA HIKMAH’ atau “CINTA KEARIFAN”.
2. Dalam Cemarabugis, Falsafah disebalik akronim P.E.S.I.L.A.T = Adalah singkatan kepada “....PEJUANG EMPUNYA SEMANGAT ILMUNYA LUHUR AKHLAKNYA TERPUJI....”
Huraiannya adalah dalam Sabda Rasulullah S.A.W “...Darjat manusia yang terdekat dengan ‘Nubbuwwah’ adalah orang yang AHLI ILMU dan JIHAD. AHLI ILMU menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh Para Rasul. Adapun AHLI JIHAD mempertahankan apa yang dibawa oleh Para Rasul dengan PEDANGnya...”
Rahsia falsafasah untuk dikongsi bersama ialah “ Bangunkanlah dunia ini sehebat manapun dengan ilmu dunia namun untuk membangunkan diri adalah dengan ilmu agama (yakni Islam)”.
3. Falsafah Pendekar Cemarabugis – “...Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit di Junjung..Dimana Sahaja Berada Disitu Tempat Berbakti..... Keris Yang Terhunus Tidak Akan Kembali ke Sarongan Jika Tidak Bersalut Darah.... Jika Setitis Jatuh ke Bumi, Tujuh Musim Padi Tak Menjadi...Jika Setitis Jatuh ke Lautan, Tujuh Tanjung Ikan Tak Bermain...”
Pendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya Melayu yang bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betul demi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang serta berketerampilan berlandaskan semangat kesatriaan yang luhur.
Manusia atau makhluk berakal yang sebaik-baiknya yang dijadikan oleh Allah. Dengan kebijaksanaan akal manusia berupaya hidup sejahtera bersih dan suci daripada noda dan tidak menyembah Tuhan selain dari Allah yang maha esa.
2.2- BeILMU
Memiliki pengetahuan, berakal, kepandaian, kepakaran dan kebolehan. Ilmu adalah hasil minat dan usaha belajar, pengalaman, mengkaji dan anugerah Allah.
2.3- BerAMAL
Melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan kebajikan atau faedah kepada diri, masyarakat, agama, negara, alam dan penciptaNya. Sebaik-baik amalan adalah dari hati yang suci dan ikhlas kerana amal itu adalah buah ilmu. Oleh itu bersihkan dan sucikan hati terlebih dahulu sebelum melakukan amal kerana amalan dengan hati yang suci dan ikhlas umpamanya dapat mengelakkan hambatan nafsu dan syaitan. 2.4- BerkeMAHIRan
Cekap, pakar, terlatih, atau ahli dalam sesuatu pekerjaan dan dapat menjalankan tugas dengan teratur lancar dan sempurna.
Ialah ilmu suci mempertahankan diri bangsa Melayu. Didalamnya terdapat gerak, kaedah dan muslihat penggunaan senjata atau tulang empat kerat kerana menghadapi lawan secara berseni dan saintifik.
2.6- Zahir
Semua perkara luaran, tubuh, fizikal atau sesuatu yang dapat ditangani oleh pancaindera dan logik akal. Silat pada zahir segala gerak dan kaedah yang dapat dilakukan dengan anggota tubuh badan.
2.7- Batin
Diri sebenar manusia adalah nyawa, jiwa, hati atau roh yang menghidupkan dan menggerakkan manusia, Ilmu batin terbahagi kepada tiga iaitu :- Jenis Batil, Syirik, dan Hak. Ilmu batin yang berlandaskan tasawuf membentuk hubungan telus antara insan dengan tuhan (Allah) yang berkekalan dengan makrifah dan Hakikat serta mengamalkan syariat Nabi Muhammad S.A.W. berlandaskan Qur`an , Hadith, Ijmak dan Qias dengan Inayahnya dianugerahi Iman, Muksyat dan Laduni.
2.8- Adat
Hukum, lembaga, resam, kelaziman, kebiasaan atau apa-apa pun peraturan yang dilaksanakan turun temurun sejak dahulu kala. Adat melayu bersendikan syara` iaitu kitabullah dan hadith Rasulullah.
2.9- Seni
Hasil karya yang indah. Keindahan Seni Silat pada ketepatan gerak dan kaedah pada irama, rupa dan bentuknya berunsur seni beladiri Melayu yang melambangkan kehalusan budi dan daya.
2.10- Budaya
Cara hidup yang lazimnya diamalkan oleh sesuatu masyarakat hingga membentuk tamadun tamadun atau peradaban berlandaskan kemajuan “Budi” dari “Daya” dari segala usaha yang mewujudkan keperluan, kepentingan, keakraban dan kekuatan, masyarakat. Amalan budaya memperlihatkan keindahan, keharmonian peraturan atau rukun hidup. Bukan semua peraturan dan undang-undang dapat dicatatkan dalam satu perlembagaan. Maka amalan budaya dan mengisi menterjemahkan mengikut citarasa kehalusan budi pekerti dan perlakuan dari segi hati yang dapat memilih mana yang sesuai mengikut budi bicara yang lebih baik dan murni.
4. Falsafah Ilmu – ‘ Ikut Rasmi Padi..Semakin Tunduk Semakin Berisi ‘ Sabda Rasulullah S.A.W – “... jika inginkan kebahagiaan dunia, hendaklah kamu berilmu... jika inginkan kebahagiaan akhirat, hendaklah kamu berilmu... jika inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat, hendaklah juga kamu berilmu...”
a) Lapisan Hijau “... Suatu Relung dimana lampu pelita yang besar ditempatkan...” b) Lapisan Merah Sari “... Seterang suluhan dari lampu pelita yang besar...” c) Lapisan Merah Waja “...Sejernih kaca yang membaluti suluhan Cahaya...” d) Lapisan Hitam “... Bintang yang berCahaya bak Mutiara didalam kaca...”
Pemakaian dan Huraiannya :- a)Pemakaian Di Pinggang i- Sebagai keTANDAan yang mengiktiraf ilmu, amal dan kemahiran seorang Pesilat, Pendekar dan Panglima. ii- Ibarat memperKEMASkan ketrampilan suatu ‘TUBUHBADAN’ dan memperKUKUHkan kekuatan suatu ‘BADAN’ ( Yakni Organisasi ).
“... pinggang merupakan pusat dan teras bagi susunan anggota badan kita. tanpa pinggang, badan tidak boleh berDIRI dengan sempurna...”
Bangsa yang menduduki Nusantara yang berkulit sawo matang gagah berani yang memiliki pengetahuan dan pengalaman luar negara, berpolitik, bermasyarakat, ekonomi, agama, kesenian, bahasa, budaya, silat dan sebagainya. Bersikap sederhana, waras, periang, sopan santun, beriman, rajin dan mempunyai kuat daya saing sepanjang sejarah tamadun manusia.
3.12- Syarak
Hukum islam berlandaskan hukum syarak, akal dan adat. Hukum syara` untuk beribadat melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah berpandukan Al Qur`an dan hadith Rasulullah Ijmak Ulama` dan Qias. Hukum akal untuk beriktiqad dan hukum adat untuk berikhtiar.
3.13- Betul
Benar dan menepati keperluan yang tidak bercanggah dengan adat, syara`, peraturan, undang-undang perlembagaan negara.
3.14- KeBENARan
Melakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sejajar dengan fitrah, peraturan dan undang-undang secara jujur, adil, setia, telus atau seumpamanya. Tidak bercanggah dengan dengan perjuangan perguruan, agama, bangsa dan negara.
3.15- KeAMANan
Kesejahteraan, keselamatan, kepuasan, keharmonian atau yang seumpamanya yang membolehkan masyarakat dapat mengecapi kehidupan dengan selesa tanpa gangguan.
Kesabaran keselesaan, keheningan, kepuasan, sehingga ada kesempatan menumpukan fikiran kepada sesuatu pekerjaan atau mengingati Allah.
3.17- BerkeTERAMPILan
Kemas, Sajak, tangkas, tampan dan sentiasa bersikap waspada serta dapat bertindak dengan cepat dan sempurna.
3.18- Semangat
Roh atau jiwa yang memberikan tenaga kepada perasaan, berkemahuan atau cita-cita untuk terus berusaha menikmati kehidupan atau sebaliknya. Silat membina semangat mempertahankan keselamatan dan kepentingan maruah diri dengan gigih, berani, kerjasama, kesungguhan, kerajinan, kekuatan dan katadiri dengan bijaksana dan berketahanan untuk kejayaan.
3.19- KeSATRIAan
Pahlawan, hulubalang, panglima, pendekar atau pejuang dalam apa bentuk sekalipun demi kedaulatan negara, agama dan bangsa. Pendekar memegang amanah dan penyambung warisan serta menjaga nama baik seni Silat dengan:- (i) Merahsiakan ilmu daripada mereka yang tidak bertanggungjawab. (ii) Menjaga ilmu dengan mengamalkan dan mengajarkannya dengan yakin. (iii) Menggunakan ilmunya ditempat yang betul.
3.20- Luhur
Budi pekerti, bersopan santun, beradat, berbahasa atau tingkah laku dengan akhlak yang murni seperti bertakwa, beriman, ikhlas, pengasih, hormat, setia, amanah, jujur, bijaksana atau seumpamanya dengan pandangan bahawa sekelian makhluk adalah ciptaan Allah yang wajib dihormati dan berhak untuk hidup selagi mereka tidak menyimpang dari tuntutan Allah dan Rasul.
“.... Hakikat Pendekar ialah ‘MATI’ yang mengHIDUPkan Agama, Bangsa dan Tanah Air... Ia dilahir untuk pengorbanan... Diluar sana, ramai yang mencari kePUASan. Maka tidak akan dapat keBAHAGIAan. Oleh yang demikian, carilah kebahagiaan. Nescaya akan kau temui ‘sebenar-benar kepuasan’... Mencari keBAHAGIAan menuntut pengorbanan dan ‘Mati’nya diri sebelum mati. Justeru ia mengHIDUPkan Agama, Bangsa dan Tanahair.... Demi IHSAN, sentiasalah dikau memBERI bahagia, nescaya akan dikau DAPAT keBAHAGIAan tanpa kau pinta...Itulah nilai PENDEKAR sejati yang Haqiqi...”
"...MENEGUR sesuatu yang BETUL mendatangkan KEMARAHAN...TIDAK MENEGUR menjadi suatu KESALAHAN yakni DOSA...Oleh itu, demi KASIH SAYANG nya aku kepada SAUDARA-SAUDARA ku... ku tunjukkan KEBAIKAN agar menjadi PETUNJUK JALAN...." :-)
Kata Imam Al Ghazali - “...Carilah hatimu di tiga tempat.Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.Jika tidak kau temui juga,maka berdoalah kepada ALLAH,pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!...”
Ertinya : Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Bicara yang baik adalah seumpama sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dibumi, dan cabang pucuknya menjulang ke langit tinggi.
samb/....Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
Kata Imam Al Ghazali – “...Mata sebenarnya diciptakan oleh Allah untuk engkau dapat MELIHAT segala sesuatu sehingga engkau dapat menggunakannya dalam menunaikan segala hajatmu dan engkau dapat MELIHAT dengan matamu akan keajaiban dan keindahan ciptaan langit dan bumi, sehingga engkau dapat MENGAMBIL IKTIBAR (merenung dengan hati) daripadanya. Maka peliharalah matamu daripada empat perkara : i- Melihat perempuan yang bukan Muhram. ii- Melihat gambar-gambar porno yang membangkitkan syahwat. iii- Melihat orang lain dengan pandangan penghinaan. iv- Melihat Keaiban orang lain ...”
Tersebut dalam Kitab 'Penawar Bagi Hati' beberapa kisah dan perkara-perkara berikut :-
Dalam sebuah hadis menceritakan bahawa malaikat Jibril datang berjumpa Rasulullah S.A.W untuk menyampaikan salam Tuhannya dan lalu Jibril bertanya –
“ ..manakah engkau sudi Ya Muhammad? Menjadi seorang Nabi yang kaya raya seperti Nabi Sulaiman atau menjadi seorang Nabi yang papa seperti Nabi Ayub? ..”
Rasulullah menjawab dengan tenang, “..saya lebih suka kenyang sehari dan lapar sehari. Di kala kenyang saya bersyukur kepada Allah, di kala lapar saya bersabar di atas ujian Allah..”
“..Adapun yang dikatakan kemahuan hati atau kecenderungan hati itu ialah mencintai Allah, mengenal Allah dan beribadah kepada Allah SWT. Dan juga kecenderungan hati itu ialah berhikmah..”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud – “..Didalam diri manusia ada seketul daging, manakala daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah dia hati..”
“.. Bukanlah kecantikan dan keindahan itu pakaian yang menghiasi diri manusia tetapi yang menjadi kecantikan dan keindahan itu ILMU PENGETAHUAN dan BUDI PEKERTI..”
“..Orang yang memiliki akhlak yang terpuji itu, segala sifat-sifat itu menghiburkan dan menyeronokkan jiwanya. Dan orang yang terhibur dengan akhlak yang terpuji dikatakan sebagai orang yang bertaqwa. Orang yang sudah sampai ke peringkat ini hidupnya indah, akhlak ibarat bunga, hatinya bahagia dan perihal hidupnya menjadi contoh dan tauladan kepada orang lain..”
“..Hendaklah ada sifat sabar, sifat redha dan berhibur dengan hukum-hukum Allah SWT. Oleh kerana mereka-mereka berusaha dengan latihan jiwa yang sungguh-sungguh tidak sambil lewa maka ada di kalangan mereka yang berjaya mencapai darjat tersebut. Apabila maqam itu telah mereka capai maka tergolonglah mereka sebagai Wali-wali Allah..”
“.. Dua kelakuan yang dicintai Allah ialah akhlak yang luhur dan murah hati. Dua kelakuan yang dibenci oleh Allah ialah akhlak yang jahat dan kekikiran. Andaikata Allah menghendaki bagi diri seseorang itu kebajikan, didorongkannya agar menunaikan keperluan-keperluan orang ramai..”
Berkata Yahya bin Muaz – “..Sebesar-besar penipuan diri ialah bersemadi didalam pelukan dosa sambil mengharapkan keampunan Allah SWT tanpa menyesali diri dan bertaubat. Cuba pula mendekatkan diri kepada Allah SWT tanpa mengerjakan amal taat. Menunggu tuaian dan hasil dari syurga, padahal benih yang dtanam adalah benih tanaman api neraka, tempat tinggal orang yang taat mengerjakan maksiat, menunggu balasan baik tanpa berusaha kerananya. Dan akhir sekali berangan-angan kosong terhadap Allah dengan melampai batas..”
Daripada Hadis Rasulullah SAW – “..Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata : Ya Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amal yang apabila aku laksanakan nescaya Allah kasih kepadaku. Maka Nabi SAW bersabda : Berzuhudlah dari dunia, nescaya Allah kasih kepadamu dan berzuhudlah dari apa yang ada ditangan manusia, nescaya manusia kasih kepadamu..” - Ibnu Majah
“.. Maka sifat Ikhlas itu sebenarnya membezakan dengan makna dan nilai hidup, membeza antara darjat hidup yang semata-mata kerana kepentingan duniawi dan darjat hidup mukmin yang menyalurkan segala kepentingan dunia itu sebagai bekal ke Akhirat..”
Sabda Rasulullah SAW – “.. Dengan banyak mengingati mati dan mengadakan persediaan yang lebih baginya, mereka itulah orang-orang yang pintar yang pergi dengan kemuliaan Dunia dan kehormatan Akhirat..”
“.. Telah datang kepada Rasulullah SAW seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang ditungganginya terlepas begitu sahaja di pintu Masjid, tanpa ditambat terlebih dahulu. Dia bertanya : Ya Rasulullah! Apakah unta perlu saya tambat terlebih dahulu kemudian saya tawakal atau saya lepaskan sahaja begitu dan sesudah itu saya bertawakal?” Rasulullah menjawab : “ Tambatkan terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah kamu!” - At-Tarmizi
Firman Allah Taala – “.. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah ke atas sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang boleh menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatanmu.
“.. Mengenal kesombongan diri dilihat didalam beberapa perkara iaitu :-
i- ilmu ii- Amal dan Ibadat iii- Keturunan iv- Kecantikan v- Harta vi- Pengaruh..”
“.. Mengikis kesombongan pula dengan cara :-
i- Ketika kebenaran bukan di pihak kita, terimalah seadanya. ii- Bergaul dan menghormati rakan-rakan didalam sesuatu Majlis, hendaklah berada di belakang mereka. iii- Mengundang orang biasa dan menjamu mereka makan, menolong apa sahaja bantuan. Menzahirkan rendah diri..”
Firman Allah Taala – “.. Jika kamu menyatakan sedekah itu pun baik. Tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikannya kepada kaum fakir miskin, maka itulah yang sebaik-baiknya..” - Surah Al-Baqarah ayat 271
Rasulullah SAW bersabda – “..Tiga perkara akan membinasakan (diri manusia): iaitu kikir yang diikutkan, hawa nafsu yang diturutkan dan seseorang yang suka membanggakan diri sendiri..”
“..Janganlah sekalian kamu dengki mendengki, jangan putus memutuskan silaturrahim, jangan benci membenci, jangan musuh memusuhi tetapi jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah ke atas kamu..”
Rasulullah SAW bersabda – “.. Sesungguhnya Allah suka memberi keduniaan dengan sebab amalan akhirat tetapi kalau amalnya khusus untuk dunia maka ia tidak akan memberi dunia..”
Rasulullah SAW bersabda – “..Awaslah kamu sekelian dari sifat kikir. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa disebabkan keburukan sifat kikir itu, sehingga mereka suka untuk mengalirkan darah antara sesama mereka, dan menghalalkan segala yang diharamkan ke atas mereka..”
Rasulullah SAW bersabda – “..Cahaya hikmah adalah lapar, dan kejauhan dari Allah azza wajalla ialah kenyang, dan hampir kepada Allah ialah cintakan orang miskin serta mendekati mereka. Janganlah kamu kenyang kerana dengan kenyang kamu akan memadamkan cahaya hikmah dari hati kamu. Siapa yang tidur malam dalam keadaan ringan dari makanan nescaya BIDADARI tidur di sekelilingya sehingga ke pagi..”
24 – Sifat Mengumpat Dan Fitnah Lebih Dahsyat Dari Membunuh
Rasulullah SAW bersabda – “..Bertuahlah orang yang sentiasa bekerja kuat untuk membetulkan diri sendiri, daripada menyebut-nyebut keaiban orang lain..”
Rasulullah SAW bersabda – “..Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengena kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia..” - Ibnu Abiddusya
Firman Allah Taala – “..Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah..” - surah Al-Ahzab ayat 21
“... Peliharalah dan perhatikanlah hati, supaya anda tetap muda selamanya. dari wajah anda akan terpancar cahaya sehingga membuatnya selalu cemerlang...”
Pelantar merupakan ‘tempat berehat’ yang dibuat sama ada diluar pintu rumah ( Rumah Tradisional Melayu Lama ). Juga mungkin dibawah rumah ( Bagi Rumah Melayu berpapan bertiang tinggi ). Juga mungkin dibawah pokok dihalaman rumah ( yang disebut Pangkin ). Juga ditepi sawah ( Tempat berehat selepas mengerjakan sawah padi ).
Pelantar Putih pula merupakan ‘tempat berehat’ para Sufi dengan tujuan mentelaah kitab, bermunajat, berzikir, bersolat, bertafakur dan sebagainya. Semua aktiviti yang dibuat nampak biasa sahaja namun penuh ‘TeRahsia’. Tiada siapa yang perasan kewujudan mereka-mereka ini. Mungkin itu janji Allah bagi melindungi perwatakan mereka. Mereka juga tidak suka menunjuk-nunjuk mungkin bagi mengelakkan Ujub, Riak dan Takbur. Masya Allah.
Imam Nawawi dikatakan banyak menghasilkan kitab-kitab ilmiah tulisan tangan. Diceritakan, ketika Imam Nawawi menulis (pada waktu malam) terpancar suatu cahaya dari kalam (pena tulis) beliau yang menampakkan suatu keanehan. Itulah antara kehebatan para ulama’ silam. Justeru, ilmu perlu ditulis dan dijadikan kitab. Dan pada kebiasaan orang yang menulis kitab hendaklah ia seorang lelaki dan berilmu, memanfaatkan ilmunya (yakni ilmu daripada Allah Taala) untuk kemaslahatan Ummah.
Dengan ini saya mengIjazahkan kepada : ........................................................ untuk mengamalkan segala isi kandungan penulisan blog "Cetusan Semangat Melayu Nusantara - khususnya Rahsia Falsafah Persilatan Cemarabugis". Oleh itu, Mohon dihadiahkan 3 Al-Fatihah kepada Cikgu Mohd. Nazar bin Bidin, Cikgu Mohd.Salleh bin Malik, dan Guru-guru Cemarabugis.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya yang luas kepada kita dan memberi taufik dan hidayahNya kepada kita serta memudahkan segala urusan kita. Moga-moga Allah mengampunkan dosa ibubapa kita dan guru-guru kita serta sekelian Muslimin dan Muslimat. Semoga Allah menghimpunkan kita dengan para Anbiya' dan Mursalin serta Auliya' dan Solihin pada hari kiamat nanti...Amin...
Di Ijazahkan oleh Hamba Fakir yang kurang ilmu :
................................................ Syaiful Azlan bin Abdul Jalil
( Dengan izin Cikgu Mohd. Nazar bin Bidin - Guru Utama )
Disini..Segalanya Bermula
BalasPadamTujuan Falsafah dan Kerohanian Dalam Cemarabugis :-
PadamTujuannya ialah agar sekelian pembaca khususnya penuntut-penuntut Cemarabugis dapat memahami ilmu ini dengan cara paling ‘lembut’. Ini kerana, ‘ilmu penjiwaan’ sememangnya memerlukan pendekatan yang ‘lembut’.
Dalam keindahan ilmu Cemarabugis yang merangkumi Gerak, Falsafah dan Kerohanian memberi tumpuan kepada kebolehan seorang penuntut sama ada beliau mampu membawa gerak atau falsafah atau kerohanian. Justeru, latihan yang diberi berdasarkan kemampuannya.
Oleh yang demikian, Cikgu persembahkan ‘Rahsia Falsafah dan Kerohanian Persilatan Cemarabugis’ ini sebagai pembuka dan penyuluh jalan kepada penuntut-penuntut Cemarabugis khususnya yang telah mahir dalam ilmu ‘gerak’. Ia terbahagi kepada tiga (3) tahap bengkung pelajar bermula dari yang terbawah iaitu Bengkung Hijau, Bengkung Merah Sari dan Bengkung Merah Waja.
Padam"....Barangsiapa yang kasihkan orang alim (orang berilmu) atau kasihkan orang yang belajar ilmu, walau dengan se-peminuman air sekalipun...kelebihannya Laksana ia membina ka'abah 70 kali...."
BalasPadam"Kiranya berminat..Berkongsi ilmu Persilatan, Tuan-tuan adalah dipelawa (grouping = 10 Orang) untuk hadir ke KRM Jempol bagi sessi latihan Silat Cemara Bugis. Boleh Contact saya di No.Telefon = 010-5392 575 Cikgu Azlan."
BalasPadamTERKINI....masih dibuka kepada yang BERMINAT sahaja. "..Setitik Jadikan Lautan, Sekepal Jadikan Gunung, Alam Terkambang jadikan Guru.."
PadamTAKRIF/DEFINISI FALSAFAH :-
BalasPadam1. Definisi Falsafah – Falsafah diambil daripada Istilah Bahasa Arab ( فلسفة ) dan Yunani ( Philo & Sophia ) yang bermaksud “CINTA KEBIJAKSANAAN” , ‘CINTA HIKMAH’ atau “CINTA KEARIFAN”.
2. Dalam Cemarabugis, Falsafah disebalik akronim P.E.S.I.L.A.T = Adalah singkatan kepada “....PEJUANG EMPUNYA SEMANGAT ILMUNYA LUHUR AKHLAKNYA TERPUJI....”
BalasPadamHuraiannya adalah dalam Sabda Rasulullah S.A.W “...Darjat manusia yang terdekat dengan ‘Nubbuwwah’ adalah orang yang AHLI ILMU dan JIHAD. AHLI ILMU menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh Para Rasul. Adapun AHLI JIHAD mempertahankan apa yang dibawa oleh Para Rasul dengan PEDANGnya...”
PadamPejuang Empunya Semangat ( Bengkung Hijau ), Ilmunya Luhur ( Bengkung Merah Sari ), Akhlaknya Terpuji ( Bengkung Merah Waja ).
PadamLatihan berterusan di Tiga (3) Peringkat... Dari seorang PESILAT menjadi seorang PENDEKAR seterusnya menjadi MUHSININ.
PadamRahsia falsafasah untuk dikongsi bersama ialah
Padam“ Bangunkanlah dunia ini sehebat manapun dengan ilmu dunia namun untuk membangunkan diri adalah dengan ilmu agama (yakni Islam)”.
3. Falsafah Pendekar Cemarabugis – “...Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit di Junjung..Dimana Sahaja Berada Disitu Tempat Berbakti..... Keris Yang Terhunus Tidak Akan Kembali ke Sarongan Jika Tidak Bersalut Darah.... Jika Setitis Jatuh ke Bumi, Tujuh Musim Padi Tak Menjadi...Jika Setitis Jatuh ke Lautan, Tujuh Tanjung Ikan Tak Bermain...”
BalasPadam1. Menghafal Falsafah Pendekar :
PadamPendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya Melayu yang bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betul demi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang serta berketerampilan berlandaskan semangat kesatriaan yang luhur.
2. Huraian Falsafah Pendekar 1-10
Padam2.1- Insan
Manusia atau makhluk berakal yang sebaik-baiknya yang dijadikan oleh Allah. Dengan kebijaksanaan akal manusia berupaya hidup sejahtera bersih dan suci daripada noda dan tidak menyembah Tuhan selain dari Allah yang maha esa.
2.2- BeILMU
Memiliki pengetahuan, berakal, kepandaian, kepakaran dan kebolehan. Ilmu adalah hasil minat dan usaha belajar, pengalaman, mengkaji dan anugerah Allah.
2.3- BerAMAL
Melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan kebajikan atau faedah kepada diri, masyarakat, agama, negara, alam dan penciptaNya. Sebaik-baik amalan adalah dari hati yang suci dan ikhlas kerana amal itu adalah buah ilmu. Oleh itu bersihkan dan sucikan hati terlebih dahulu sebelum melakukan amal kerana amalan dengan hati yang suci dan ikhlas umpamanya dapat mengelakkan hambatan nafsu dan syaitan.
2.4- BerkeMAHIRan
Cekap, pakar, terlatih, atau ahli dalam sesuatu pekerjaan dan dapat menjalankan tugas dengan teratur lancar dan sempurna.
2.5- PerSILATan
PadamIalah ilmu suci mempertahankan diri bangsa Melayu. Didalamnya terdapat gerak, kaedah dan muslihat penggunaan senjata atau tulang empat kerat kerana menghadapi lawan secara berseni dan saintifik.
2.6- Zahir
Semua perkara luaran, tubuh, fizikal atau sesuatu yang dapat ditangani oleh pancaindera dan logik akal. Silat pada zahir segala gerak dan kaedah yang dapat dilakukan dengan anggota tubuh badan.
2.7- Batin
Diri sebenar manusia adalah nyawa, jiwa, hati atau roh yang menghidupkan dan menggerakkan manusia, Ilmu batin terbahagi kepada tiga iaitu :- Jenis Batil, Syirik, dan Hak. Ilmu batin yang berlandaskan tasawuf membentuk hubungan telus antara insan dengan tuhan (Allah) yang berkekalan dengan makrifah dan Hakikat serta mengamalkan syariat Nabi Muhammad S.A.W. berlandaskan Qur`an , Hadith, Ijmak dan Qias dengan Inayahnya dianugerahi Iman, Muksyat dan Laduni.
2.8- Adat
Hukum, lembaga, resam, kelaziman, kebiasaan atau apa-apa pun peraturan yang dilaksanakan turun temurun sejak dahulu kala. Adat melayu bersendikan syara` iaitu kitabullah dan hadith Rasulullah.
2.9- Seni
Hasil karya yang indah. Keindahan Seni Silat pada ketepatan gerak dan kaedah pada irama, rupa dan bentuknya berunsur seni beladiri Melayu yang melambangkan kehalusan budi dan daya.
2.10- Budaya
Cara hidup yang lazimnya diamalkan oleh sesuatu masyarakat hingga membentuk tamadun tamadun atau peradaban berlandaskan kemajuan “Budi” dari “Daya” dari segala usaha yang mewujudkan keperluan, kepentingan, keakraban dan kekuatan, masyarakat. Amalan budaya memperlihatkan keindahan, keharmonian peraturan atau rukun hidup. Bukan semua peraturan dan undang-undang dapat dicatatkan dalam satu perlembagaan. Maka amalan budaya dan mengisi menterjemahkan mengikut citarasa kehalusan budi pekerti dan perlakuan dari segi hati yang dapat memilih mana yang sesuai mengikut budi bicara yang lebih baik dan murni.
4. Falsafah Ilmu – ‘ Ikut Rasmi Padi..Semakin Tunduk Semakin Berisi ‘
BalasPadamSabda Rasulullah S.A.W – “... jika inginkan kebahagiaan dunia, hendaklah kamu berilmu... jika inginkan kebahagiaan akhirat, hendaklah kamu berilmu... jika inginkan kebahagiaan dunia dan akhirat, hendaklah juga kamu berilmu...”
5. Falsafah Berguru - “ ....Hendak Paku Carilah Paku, Paku Ada di Tanjung Sena...Hendak Aku Carilah Aku, Aku Ada Di Mana-mana...”
BalasPadam6. Falsafah Kepimpinan - “...Tidak Semua Menjadi Nakhoda, Yang lain Perlu Menjadi Kelasi...”
BalasPadam7. Falsafah disebalik akronim C.E.T.U.S.A.N. – Adalah singkatan kepada = “....CULA EMAS TANDA UNGGUL SILAT ALIRAN NUSANTARA..”
BalasPadamTersirat didalam Falsafah Bengkung Cemarabugis = ( Warna, Lapisan, Pemakaian dipinggang )
PadamWarna dan Huraian
PadamHijau - Kemuliaan Agama Islam
Kuning - Kedaulatan dan Ketaatan kepada Raja pemerintah Negara/Negeri.
Merah - Keberanian luarbiasa dan semangat keperwiraan yang tinggi.
Lapisan dan Huraian :-
Padama) Lapisan Hijau “... Suatu Relung dimana lampu pelita yang besar ditempatkan...”
b) Lapisan Merah Sari “... Seterang suluhan dari lampu pelita yang besar...”
c) Lapisan Merah Waja “...Sejernih kaca yang membaluti suluhan Cahaya...”
d) Lapisan Hitam “... Bintang yang berCahaya bak Mutiara didalam kaca...”
Pemakaian dan Huraiannya :-
Padama)Pemakaian Di Pinggang
i- Sebagai keTANDAan yang mengiktiraf ilmu, amal dan kemahiran seorang Pesilat, Pendekar dan Panglima.
ii- Ibarat memperKEMASkan ketrampilan suatu ‘TUBUHBADAN’ dan memperKUKUHkan kekuatan suatu ‘BADAN’ ( Yakni Organisasi ).
“... pinggang merupakan pusat dan teras bagi susunan anggota badan kita. tanpa pinggang, badan tidak boleh berDIRI dengan sempurna...”
3. Huraian Falsafah Pendekar 11-20
BalasPadam3.11- Melayu
Bangsa yang menduduki Nusantara yang berkulit sawo matang gagah berani yang memiliki pengetahuan dan pengalaman luar negara, berpolitik, bermasyarakat, ekonomi, agama, kesenian, bahasa, budaya, silat dan sebagainya. Bersikap sederhana, waras, periang, sopan santun, beriman, rajin dan mempunyai kuat daya saing sepanjang sejarah tamadun manusia.
3.12- Syarak
Hukum islam berlandaskan hukum syarak, akal dan adat. Hukum syara` untuk beribadat melakukan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah berpandukan Al Qur`an dan hadith Rasulullah Ijmak Ulama` dan Qias. Hukum akal untuk beriktiqad dan hukum adat untuk berikhtiar.
3.13- Betul
Benar dan menepati keperluan yang tidak bercanggah dengan adat, syara`, peraturan, undang-undang perlembagaan negara.
3.14- KeBENARan
Melakukan sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sejajar dengan fitrah, peraturan dan undang-undang secara jujur, adil, setia, telus atau seumpamanya. Tidak bercanggah dengan dengan perjuangan perguruan, agama, bangsa dan negara.
3.15- KeAMANan
Kesejahteraan, keselamatan, kepuasan, keharmonian atau yang seumpamanya yang membolehkan masyarakat dapat mengecapi kehidupan dengan selesa tanpa gangguan.
3.16- Tenang
BalasPadamKesabaran keselesaan, keheningan, kepuasan, sehingga ada kesempatan menumpukan fikiran kepada sesuatu pekerjaan atau mengingati Allah.
3.17- BerkeTERAMPILan
Kemas, Sajak, tangkas, tampan dan sentiasa bersikap waspada serta dapat bertindak dengan cepat dan sempurna.
3.18- Semangat
Roh atau jiwa yang memberikan tenaga kepada perasaan, berkemahuan atau cita-cita untuk terus berusaha menikmati kehidupan atau sebaliknya. Silat membina semangat mempertahankan keselamatan dan kepentingan maruah diri dengan gigih, berani, kerjasama, kesungguhan, kerajinan, kekuatan dan katadiri dengan bijaksana dan berketahanan untuk kejayaan.
3.19- KeSATRIAan
Pahlawan, hulubalang, panglima, pendekar atau pejuang dalam apa bentuk sekalipun demi kedaulatan negara, agama dan bangsa. Pendekar memegang amanah dan penyambung warisan serta menjaga nama baik seni Silat dengan:-
(i) Merahsiakan ilmu daripada mereka yang tidak bertanggungjawab.
(ii) Menjaga ilmu dengan mengamalkan dan mengajarkannya dengan yakin.
(iii) Menggunakan ilmunya ditempat yang betul.
3.20- Luhur
Budi pekerti, bersopan santun, beradat, berbahasa atau tingkah laku dengan akhlak yang murni seperti bertakwa, beriman, ikhlas, pengasih, hormat, setia, amanah, jujur, bijaksana atau seumpamanya dengan pandangan bahawa sekelian makhluk adalah ciptaan Allah yang wajib dihormati dan berhak untuk hidup selagi mereka tidak menyimpang dari tuntutan Allah dan Rasul.
4. Hakikat Falsafah Pendekar :
BalasPadam“.... Hakikat Pendekar ialah ‘MATI’ yang mengHIDUPkan Agama, Bangsa dan Tanah Air... Ia dilahir untuk pengorbanan... Diluar sana, ramai yang mencari kePUASan. Maka tidak akan dapat keBAHAGIAan. Oleh yang demikian, carilah kebahagiaan. Nescaya akan kau temui ‘sebenar-benar kepuasan’... Mencari keBAHAGIAan menuntut pengorbanan dan ‘Mati’nya diri sebelum mati. Justeru ia mengHIDUPkan Agama, Bangsa dan Tanahair.... Demi IHSAN, sentiasalah dikau memBERI bahagia, nescaya akan dikau DAPAT keBAHAGIAan tanpa kau pinta...Itulah nilai PENDEKAR sejati yang Haqiqi...”
"...MENEGUR sesuatu yang BETUL mendatangkan KEMARAHAN...TIDAK MENEGUR menjadi suatu KESALAHAN yakni DOSA...Oleh itu, demi KASIH SAYANG nya aku kepada SAUDARA-SAUDARA ku... ku tunjukkan KEBAIKAN agar menjadi PETUNJUK JALAN...." :-)
PadamA. Falsafah Hati
BalasPadamKata Imam Al Ghazali - “...Carilah hatimu di tiga tempat.Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.tetapi jika tidak kau temui,carilah hatimu ketika mengerjakan solat.Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.Jika tidak kau temui juga,maka berdoalah kepada ALLAH,pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!...”
B. Falsafah Lidah
BalasPadamSurah Ibrahim Ayat 24 - 25
Ertinya : Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Bicara yang baik adalah seumpama sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dibumi, dan cabang pucuknya menjulang ke langit tinggi.
samb/....Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
PadamC. Falsafah Mata
BalasPadam“...Melihat dengan Mata Merenung dengan Hati..”
Kata Imam Al Ghazali – “...Mata sebenarnya diciptakan oleh Allah untuk engkau dapat MELIHAT segala sesuatu sehingga engkau dapat menggunakannya dalam menunaikan segala hajatmu dan engkau dapat MELIHAT dengan matamu akan keajaiban dan keindahan ciptaan langit dan bumi, sehingga engkau dapat MENGAMBIL IKTIBAR (merenung dengan hati) daripadanya. Maka peliharalah matamu daripada empat perkara :
i- Melihat perempuan yang bukan Muhram.
ii- Melihat gambar-gambar porno yang membangkitkan syahwat.
iii- Melihat orang lain dengan pandangan penghinaan.
iv- Melihat Keaiban orang lain ...”
D. Falsafah Insan ‘Muhsinin’
BalasPadamTersebut dalam Kitab 'Penawar Bagi Hati' beberapa kisah dan perkara-perkara berikut :-
Dalam sebuah hadis menceritakan bahawa malaikat Jibril datang berjumpa Rasulullah S.A.W untuk menyampaikan salam Tuhannya dan lalu Jibril bertanya –
“ ..manakah engkau sudi Ya Muhammad? Menjadi seorang Nabi yang kaya raya seperti Nabi Sulaiman atau menjadi seorang Nabi yang papa seperti Nabi Ayub? ..”
Rasulullah menjawab dengan tenang, “..saya lebih suka kenyang sehari dan lapar sehari. Di kala kenyang saya bersyukur kepada Allah, di kala lapar saya bersabar di atas ujian Allah..”
1 – Pengertian Hati
Padam“..Adapun yang dikatakan kemahuan hati atau kecenderungan hati itu ialah mencintai Allah, mengenal Allah dan beribadah kepada Allah SWT. Dan juga kecenderungan hati itu ialah berhikmah..”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud – “..Didalam diri manusia ada seketul daging, manakala daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah dia hati..”
2 – Bagaimana Mengenal Keaiban Diri
PadamImam Al Ghazali menunjukkan jalan-jalan bagaimana dapat mengenal kecelaan dan keaiban diri iaitu dengan 4 cara :
i- Berguru dengan guru yang mursyid
ii- Bertemankan sahabat yang soleh
iii- Mendengar kata musuh
iv- Bergaul dengan masyarakat
3 – Peranan Sifat Mahmudah Dalam Kehidupan
Padami- Akhlak yang Mulia/terpuji
“.. Bukanlah kecantikan dan keindahan itu pakaian yang menghiasi diri
manusia tetapi yang menjadi kecantikan dan keindahan itu ILMU PENGETAHUAN dan BUDI PEKERTI..”
4 – Cara Mendapatkan Sifat Mahmudah
Padam“..Orang yang memiliki akhlak yang terpuji itu, segala sifat-sifat itu menghiburkan dan menyeronokkan jiwanya. Dan orang yang terhibur dengan akhlak yang terpuji dikatakan sebagai orang yang bertaqwa. Orang yang sudah sampai ke peringkat ini hidupnya indah, akhlak ibarat bunga, hatinya bahagia dan perihal hidupnya menjadi contoh dan tauladan kepada orang lain..”
5 – Taubat Dari Dosa Lahir dan Batin
PadamSabda Rasulullah S.A.W – “.. Sesungguhnya seseorang hamba Allah akan ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang menimpanya..”
6 – Sabar Dengan Ujian dan Mehnah
Padam“..Hendaklah ada sifat sabar, sifat redha dan berhibur dengan hukum-hukum Allah SWT. Oleh kerana mereka-mereka berusaha dengan latihan jiwa yang sungguh-sungguh tidak sambil lewa maka ada di kalangan mereka yang berjaya mencapai darjat tersebut. Apabila maqam itu telah mereka capai maka tergolonglah mereka sebagai Wali-wali Allah..”
7 – Pemurah Dengan Kepunyaan Allah
Padam“.. Dua kelakuan yang dicintai Allah ialah akhlak yang luhur dan murah hati. Dua kelakuan yang dibenci oleh Allah ialah akhlak yang jahat dan kekikiran. Andaikata Allah menghendaki bagi diri seseorang itu kebajikan, didorongkannya agar menunaikan keperluan-keperluan orang ramai..”
8 – Takwa Dan Harap Pada Allah
PadamBerkata Yahya bin Muaz – “..Sebesar-besar penipuan diri ialah bersemadi didalam pelukan dosa sambil mengharapkan keampunan Allah SWT tanpa menyesali diri dan bertaubat. Cuba pula mendekatkan diri kepada Allah SWT tanpa mengerjakan amal taat. Menunggu tuaian dan hasil dari syurga, padahal benih yang dtanam adalah benih tanaman api neraka, tempat tinggal orang yang taat mengerjakan maksiat, menunggu balasan baik tanpa berusaha kerananya. Dan akhir sekali berangan-angan kosong terhadap Allah dengan melampai batas..”
9 – Zuhud Terhadap Dunia
PadamDaripada Hadis Rasulullah SAW – “..Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata : Ya Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amal yang apabila aku laksanakan nescaya Allah kasih kepadaku. Maka Nabi SAW bersabda : Berzuhudlah dari dunia, nescaya Allah kasih kepadamu dan berzuhudlah dari apa yang ada ditangan manusia, nescaya manusia kasih kepadamu..” - Ibnu Majah
10 – Hakikat Ikhlas
Padam“.. Maka sifat Ikhlas itu sebenarnya membezakan dengan makna dan nilai hidup, membeza antara darjat hidup yang semata-mata kerana kepentingan duniawi dan darjat hidup mukmin yang menyalurkan segala kepentingan dunia itu sebagai bekal ke Akhirat..”
11 – Selalu Mengingati Mati
PadamSabda Rasulullah SAW – “.. Dengan banyak mengingati mati dan mengadakan persediaan yang lebih baginya, mereka itulah orang-orang yang pintar yang pergi dengan kemuliaan Dunia dan kehormatan Akhirat..”
- Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunia
12 – Syukur Dengan Nikmat
Padam“..Tanda syukur itu ialah bersyukur didalam hati, dengan lisan dan dengan perbuatan..”
13 – Tawakkal Atas Ketentuan Allah
Padam“.. Telah datang kepada Rasulullah SAW seorang lelaki yang hendak meninggalkan unta yang ditungganginya terlepas begitu sahaja di pintu Masjid, tanpa ditambat terlebih dahulu. Dia bertanya : Ya Rasulullah! Apakah unta perlu saya tambat terlebih dahulu kemudian saya tawakal atau saya lepaskan sahaja begitu dan sesudah itu saya bertawakal?” Rasulullah menjawab : “ Tambatkan terlebih dahulu dan kemudian bertawakallah kamu!” - At-Tarmizi
14 – Melawan Nafsu Dan Syaitan
Padam“.. Barangsiapa melaparkan perutnya nescaya besar fikirannya dan bijaksana hatinya..”
15 – Sifat Mazmumah Racun Kehidupan
PadamFirman Allah Taala – “.. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah ke atas sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang boleh menyebabkan kamu menyesal di atas perbuatanmu.
- Surah Al-Hujurat ayat 6
16 – Sombong Pintu Kemurkaan Allah
Padam“.. Mengenal kesombongan diri dilihat didalam beberapa perkara iaitu :-
i- ilmu
ii- Amal dan Ibadat
iii- Keturunan
iv- Kecantikan
v- Harta
vi- Pengaruh..”
“.. Mengikis kesombongan pula dengan cara :-
i- Ketika kebenaran bukan di pihak kita, terimalah seadanya.
ii- Bergaul dan menghormati rakan-rakan didalam sesuatu Majlis, hendaklah berada di belakang mereka.
iii- Mengundang orang biasa dan menjamu mereka makan, menolong apa sahaja bantuan. Menzahirkan rendah diri..”
17 – Riak Mensia-siakan Amal
PadamFirman Allah Taala – “.. Jika kamu menyatakan sedekah itu pun baik. Tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikannya kepada kaum fakir miskin, maka itulah yang sebaik-baiknya..” - Surah Al-Baqarah ayat 271
18 – Ujub Membatalkan Ikhlas Beramal
PadamRasulullah SAW bersabda – “..Tiga perkara akan membinasakan (diri manusia): iaitu kikir yang diikutkan, hawa nafsu yang diturutkan dan seseorang yang suka membanggakan diri sendiri..”
19 – Hasad Dan Dengki Pemutus Kasih Sayang
Padam“..Janganlah sekalian kamu dengki mendengki, jangan putus memutuskan silaturrahim, jangan benci membenci, jangan musuh memusuhi tetapi jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah ke atas kamu..”
20 – Cinta Dunia Kepala Segala Kejahatan
PadamRasulullah SAW bersabda – “.. Sesungguhnya Allah suka memberi keduniaan dengan sebab amalan akhirat tetapi kalau amalnya khusus untuk dunia maka ia tidak akan memberi dunia..”
21 – Sifat Marah Api Permusuhan
PadamRasulullah SAW bersabda – “..Tidak seorang yang marah melainkan dia akan hampir kepada neraka jahanam..”
22 – Sifat Kikir (Bakhil) Menyuburkan Mazmumah
PadamRasulullah SAW bersabda – “..Awaslah kamu sekelian dari sifat kikir. Sesungguhnya umat sebelum kamu telah binasa disebabkan keburukan sifat kikir itu, sehingga mereka suka untuk mengalirkan darah antara sesama mereka, dan menghalalkan segala yang diharamkan ke atas mereka..”
23 – Banyak Makan Menguatkan Nafsu
PadamRasulullah SAW bersabda – “..Cahaya hikmah adalah lapar, dan kejauhan dari Allah azza wajalla ialah kenyang, dan hampir kepada Allah ialah cintakan orang miskin serta mendekati mereka. Janganlah kamu kenyang kerana dengan kenyang kamu akan memadamkan cahaya hikmah dari hati kamu. Siapa yang tidur malam dalam keadaan ringan dari makanan nescaya BIDADARI tidur di sekelilingya sehingga ke pagi..”
24 – Sifat Mengumpat Dan Fitnah Lebih Dahsyat Dari Membunuh
PadamRasulullah SAW bersabda – “..Bertuahlah orang yang sentiasa bekerja kuat untuk membetulkan diri sendiri, daripada menyebut-nyebut keaiban orang lain..”
25 – Bahaya Berangan-angan Panjang
PadamRasulullah SAW bersabda – “..Sesungguhnya hal-hal yang paling aku takutkan mengena kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Mengikut hawa nafsu itu dapat menutup dari kebenaran dan panjang angan-angan itu menyebabkan cinta kepada dunia..”
- Ibnu Abiddusya
26 – Keluhuran Hati Rasulullah S.A.W
PadamFirman Allah Taala – “..Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah..”
- surah Al-Ahzab ayat 21
27 – Kata-kata Hikmah Orang-orang Soleh
Padam“... Peliharalah dan perhatikanlah hati, supaya anda tetap muda selamanya. dari wajah anda akan terpancar cahaya sehingga membuatnya selalu cemerlang...”
AHLI SYURGA itu dikalangan 'ORANG MUDA' dan dikalangan orang yang 'JIWAnya MUDA'...
PadamMasyaAllah, Besarnya RahsiaMU Ya Allah... :-)
ڤلنتر ڤوتيه سري بوڬيس
BalasPadamPelantar merupakan ‘tempat berehat’ yang dibuat sama ada diluar pintu rumah ( Rumah Tradisional Melayu Lama ). Juga mungkin dibawah rumah ( Bagi Rumah Melayu berpapan bertiang tinggi ). Juga mungkin dibawah pokok dihalaman rumah ( yang disebut Pangkin ). Juga ditepi sawah ( Tempat berehat selepas mengerjakan sawah padi ).
PadamPelantar Putih pula merupakan ‘tempat berehat’ para Sufi dengan tujuan mentelaah kitab, bermunajat, berzikir, bersolat, bertafakur dan sebagainya. Semua aktiviti yang dibuat nampak biasa sahaja namun penuh ‘TeRahsia’. Tiada siapa yang perasan kewujudan mereka-mereka ini. Mungkin itu janji Allah bagi melindungi perwatakan mereka. Mereka juga tidak suka menunjuk-nunjuk mungkin bagi mengelakkan Ujub, Riak dan Takbur. Masya Allah.
PadamKisah Imam Nawawi :-
BalasPadamImam Nawawi dikatakan banyak menghasilkan kitab-kitab ilmiah tulisan tangan. Diceritakan, ketika Imam Nawawi menulis (pada waktu malam) terpancar suatu cahaya dari kalam (pena tulis) beliau yang menampakkan suatu keanehan. Itulah antara kehebatan para ulama’ silam. Justeru, ilmu perlu ditulis dan dijadikan kitab. Dan pada kebiasaan orang yang menulis kitab hendaklah ia seorang lelaki dan berilmu, memanfaatkan ilmunya (yakni ilmu daripada Allah Taala) untuk kemaslahatan Ummah.
"....Pucuk Paku Daun Paku...Pucuk Datang Dari Seberang...Pujuk Aku Carilah Aku... Aku Ada Didalam Terang..." :-)
BalasPadamPelantar Putih Seri Bugis,
PadamPondok Kecil Di Tepi Sawah,
Mekar Kasih Sufi Menangis,
Selami Erti Rahsia Indah.
Kitab Terperi BIDAYATUL HIDAYAH,
PadamPencetus Kasih Perawat Ummah,
Adab BerSERI Unggul Nan Indah,
Seputih Jernih Berabad Sudah.
Banyak Jati Antara Jati,
PadamJati IMAN itulah MUKMIN,
Banyak Hati Antara Hati,
Hati AL-QURAN itulah YASSIN.
Terima Kasih Tidak Terhingga,
PadamIlmu dan Rahsia Semakin Dibuka,
SYUKUR Daku Kepada Yang Esa,
Cinta Negara Aspirasi Bersama.
Senyum Pak Tua Dihujung Tanjung,
PadamDagang Panglima Membawa Wadah,
Pastinya Sirih Kan Tetap Berdaun,
Pastinya Pinang Kan Tetap Berbuah.
Apalah Ada Pada Paya,
PadamDalam Tidak Tohor pun Bukan,
Apalah Ada Pada Hamba,
Kaya Tidak Masyhur Pun Bukan. :-)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamPengijazahan :-
BalasPadamالا اجازه
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan ini saya mengIjazahkan kepada : ........................................................
untuk mengamalkan segala isi kandungan penulisan blog "Cetusan Semangat Melayu Nusantara - khususnya Rahsia Falsafah Persilatan Cemarabugis". Oleh itu, Mohon dihadiahkan 3 Al-Fatihah kepada Cikgu Mohd. Nazar bin Bidin, Cikgu Mohd.Salleh bin Malik, dan Guru-guru Cemarabugis.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya yang luas kepada kita dan memberi taufik dan hidayahNya kepada kita serta memudahkan segala urusan kita. Moga-moga Allah mengampunkan dosa ibubapa kita dan guru-guru kita serta sekelian Muslimin dan Muslimat. Semoga Allah menghimpunkan kita dengan para Anbiya' dan Mursalin serta Auliya' dan Solihin pada hari kiamat nanti...Amin...
Di Ijazahkan oleh Hamba Fakir yang kurang ilmu :
................................................
Syaiful Azlan bin Abdul Jalil
( Dengan izin Cikgu Mohd. Nazar bin Bidin - Guru Utama )